Pengenalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK )
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dilaksanakan pada tahun 2010 telah disemak semula bagi memenuhi tuntutan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan keperluan semasa. Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan kualiti kurikulum yang dilaksanakan di prasekolah setanding dengan standard antarabangsa.
KSPK digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Kandungan KSPK adalah berasaskan enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri.
Kandungan yang dipelajari di peringkat prasekolah pada asasnya merupakan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.
No comments:
Post a Comment