Tuesday, 11 August 2015

TEKNIK MEMBACA DENGAN BERKESAN

3. TEKNIK MEMBACA BERKESAN
3.1 KEMAHIRAN MEMBACA PANTAS
SKIMMING:  membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami idea utama  atau tema bahan bacaan berkenaan.  Dalam membaca sesuatu  petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum.  Dalam membaca  sesebuah buku, fokus kita ialah kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca.
SCANNING:  Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus sesuatu bahan bacaan.  Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.  Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari

PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR

 KONSEP KEMAHIRAN  BELAJAR


Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.
2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar.  Antaranya ialah:
2.1      Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
2.2      Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
2.3      Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
2.4      Memupuk didplin kendiri pelajara.
2.5      Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
2.6      Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
2.7      Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
2.8      Meningkatkan daya ingatan pelajar.
2.9      Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.
2.10   Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media.
2.11   Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
2.12   Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan  sebaiknya.