Saturday, 12 September 2015

CARA BELAJAR

KEMAHIRAN BERFIKIR






KEMAHIRAN BELAJAR ABAD KE 21


PRASEKOLAH

Di Malaysia pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika mula dikenali pada tahun 1950 dan pada mulanya disediakan untuk kanak-kanak dari golongan pertengahan dan atasan. Hanya pada tahun 1960, beberapa agensi kerajaan seperti FELDA dan KEMAS mula menubuhkan pusat-pusat tadika, kebanyakannya di luar-luar bandar.

   Pendidikan prasekolah telah berkembang dalam tempoh 1981-1984. Kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun yang mengikuti pendidikan prasekolah telah bertambah daripada 171 000 pada tahun 1980 kepada 279 000 pada tahun 1984. Dalam tempoh yang sama, terdapat sebanyak 5657 pusat prasekolah berbanding dengan 2974 pada tahun 1980.Sebanyak 4487 atau 79 peratus daripada jumlah pusat-pusat ini yang kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar, menampung kira-kira 149 850 kanak-kanak atau 54 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah pada tahun 1984 (Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990).

   Pada tahun 1989 terdapat 6959 pusat pendidikan prasekolah di Malaysia, 4728 di bawah berbagai-bagai agensi kerajaan , 631 di bawah badan-badan berkanun seperti FELDA(Federal Land Development Authority), 1392 dijalankan oleh pihak persendirian dan 208 di bawah organisasi sosial.