KWLH: Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Taknik KWLH adalah kata singkatan perkataan Bahasa Inggeris yang memberi maksud:
K (know) – Apa yang telah diketahui
W (want) – Apa yang ingin diketahui
L (learned) – Apa yang didapati selepas membaca
H (how) – Bagaimana maklumat tambahan berkenaan
tajuk, boleh diperolehi.
Teknik ini bertujuan memberikan pelajar (i) peluang membaca secara kritis(ii)mengaitkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dibaca (iii) pertingkatkan minat untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui (iv) mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara- perkara tambahan yang perlu diketahui lagi (v) peningkatan pemahaman membaca sesuatu bahan yang dibaca.
Langkah-langkah membaca menggunakan Teknik KWLH
1. Kenal pasti bahan yang hendak dibaca. Adakah bahan itu artikel, rencana, petikan, buku atau sebagainya. Lihat sepintas lalu bahan itu, cuba buat jangkaan isi bahan itu.
2. Cuba catatkan maklumat yang telah diketahui berkenaan tajuk itu. Atau cuba sebutkan perkara-perkara yang telah diketahui tentang tajuk. Cuba binaan soalan-soalan yang ingin anda dapatkan maklumat daripada teks berkenaan.
3. Baca teks berkenaan dan catatkan maklumat-maklumat yang anda dapati.
4. Semak kembali apa yang telah anda ketahui, apa yang baru anda dapati daripada teks dan jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lain, cuba cadang dan sebutkan, bagaimanakah cara untuk anda dapatkan meklumat tambahan itu.